fbpx

Mengapa Setiap Laman Web E-Commerce Patut Menawarkan Membership ?3 min read

Mengapa Setiap Laman Web E-Commerce Patut Menawarkan Membership ?

Satu peluru hanya mampu menembusi satu kepala, namun satu penulisan mampu menembusi ribuan malah jutaan kepala

Facebook0
WhatsApp
Twitter
Telegram
LinkedIn0

By Syafiq Fadlin

Sesiapa sahaja yang pernah berniaga dalam e-Commerce sebelum ini tahu bahawa cabaran terbesar untuk perniagaan mereka ialah membuatkan pelanggan kembali dan membeli lagi. Jika mereka tidak kembali, anda perlu sentiasa membelanjakan banyak wang untuk mendapatkan pelanggan baru supaya boleh memenuhi matlamat jualan.

Itu tidak dapat mengekalkan mana-mana perniagaan.

Kesetiaan pelanggan ialah kuncinya, dan tanpa pelanggan yang membeli daripada anda berkali-kali, anda tidak mungkin dapat berharap untuk berkembang selepas satu ketika.

Kelebihan utama pelanggan yang kembali membeli 
( returning customer ) ialah untuk golongan ini , sesuatu perniagaan itu tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi.

Jumlah yang dihabiskan dalam pemasaran hanya untuk mendapatkan pelanggan baru ialah lebih banyak berbanding dengan jumlah untuk membuatkan pelanggan sedia ada untuk membeli lagi.

Seseorang yang pernah membeli dari anda berkemungkinan besar akan kembali dan membeli lagi, daripada seseorang yang mana pengalamannya dengan perniagaan anda pada masa itu hanyalah dengan terlihat iklan anda di mana-mana.

Banyak usaha patut dilakukan untuk membawa pelanggan kali pertama tersebut kembali untuk membeli lagi, tetapi tidak semua strategi adalah berkesan seperti yang anda perlukannya.

Pemasaran emel, jualan bermusim, dan penyasaran semula iklan membantu jenama anda diingati, tetapi tidak semestinya membawa kepada kesetiaan pelanggan.

Bagaimana keahlian memenuhi ruang tersebut

Program kesetiaan pelanggan sudah berpuluh tahun berada di pasaran – tawaran kad “beli X kali dan dapatkan satu percuma”, program kredit kedai dengan diskaun berulang, diskaun merujukkan rakan. Kesemua cara-cara ini berjaya dilakukan oleh banyak kedai (dalam talian atau di luar), tetapi apabila e-Commerce terus berkembang, lebih banyak peluang untuk membina kesetiaan jenama dibuka.

Strategi keahlian adalah cara yang semakin kerap digunakan oleh kebanyakan perniagaan untuk mendapatkan keuntungan yang mudah dijangka dan membuatkan mereka berkembang pesat.

Seseorang pelanggan mendaftar untuk menjadi ahli laman web anda (sama ada berbayar atau percuma) dan sebagai balasan, mereka mereka mendapat diskaun untuk ahli sahaja bagi pembelian mereka, akses ekslusif kepada barangan baru, dan mendapat khidmat rundingan daripada para profesional di dalam industri (contohnya pereka fesyen membantu anda memilih pakaian untuk dibeli berdasarkan citarasa dan bentuk badan anda).

Keahlian membawa kepada pengalaman baru untuk pengguna dan seterusnya memberikan perniagaan itu pendapatan yang boleh dijangka, stabil dan boleh dikembangkan.

Menyepadukan tahap keahlian dengan produk e-Commerce selalunya menyusahkan

Tetapi hari-hari tersebut sedang berkurangan.

Ini kerana platform keahlian berjenama sedang memasuki pasaran WordPress yang berintegrasi terus dengan plugin e-Commerce.

Hari ini, WooThemes mengumumkan penyambungan Keahlian WooCommerce yang baru. Dibawah adalah sedikit sebanyak daripada pengumuman tersebut yang menerangkan beberapa ciri v1.

Keahlian WooCommerce adalah penyambungan pelbagai fungsi yang sangat berpengaruh. Ini adalah sebahagian daripada apa yang anda boleh buat apabila ia disambung kepada laman web WooCommerce anda:

  • Mencipta dan menawarkan beberapa tahap keahlian berbayar atau tidak berbayar kepada pelanggan
  • Membolehkan pelanggan mendaftar, membayar dan melanjutkan keahlian mereka – atau pilih untuk membenarkan akses kepada tahap-tahap tersebut kepada anda sahaja
  • Menawarkan kelebihan seperti masa percubaan, keahlian percuma, dan diskaun kepada ahli sahaja
  • Menyembunyikan produk, halaman atau sebahagian bahan laman web daripada bukan ahli atau tahap keahlian tertentu
  • Bersambung sepenuhnya dengan Langganan WooCommerce untuk membenarkan bayaran keahlian automatik dan lanjutan keahlian

WooCommerce sememangnya adalah salah satu plugin yang paling berpengaruh dan boleh didapati untuk perniagaan kecil-kecilan hingga sederhana besar, tetapi kebolehan untuk membina keahlian mempunyai sedikit masalah sebelum ini. Sekarang mereka telah mencipta sambungan yang telus untuk menyeimbangkan kelebihan keahlian yang sangat berguna.

Satu lagi platform e-Commerce yang terkenal, Easy Digital Downloads, menawarkan plugin keahlian bersepadu bernama Restrict Content Pro yang membenarkan anda mengumpulkan akses dan diskaun untuk ahli-ahli anda beserta menjual produk anda.

Setiap Website e-Commerce harus menitikberatkankan tentang bagaimana hendak menggunakan keahlian dalam laman web mereka

Kesetiaan pelanggan dan pendapatan yang boleh diramalkan telah menjadi penting untuk kejayaan perniagaan atas talian, dan model keahlian telah masuk untuk memenuhi ruang yang ada. Berita baiknya ialah platform ini telah menjadi semakin boleh dipercayai dan lebih mudah untuk didapati.

Jika anda ada laman web e-Commerce yang mahu menambahkan keahlian, cuba lihat kepada Keahlian WooCommerce dan Restrict Content Pro.

Hubungi saya jika anda perlukan bantuan untuk membuat peralihan tersebut.

Spread the word

Leave a Comment

error: Content is protected !!