fbpx

Apakah perbezaan di antara blog dan laman web ?4 min read

Apakah perbezaan di antara blog dan laman web ?

Satu peluru hanya mampu menembusi satu kepala, namun satu penulisan mampu menembusi ribuan malah jutaan kepala

Facebook0
WhatsApp
Twitter
Telegram
LinkedIn0

By Syafiq Fadlin

” Apa beza antara blog dan laman web? “

Ini adalah soalan yang kerap diajukan kepada saya setiap kali mengadakan program / kelas.

Saya tahu ramai orang keliru mengenai perbezaan dua perkara ini.

Ramai yang menganggap laman web dan blog adalah benda yang sama oleh kerana kedua duanya kelihatan seakan akan sama, tetapi yang sebenarnya adalah tidak.

So hari ini saya rasa terpanggil untuk terangkan dengan jelas tentang perbezaan antara blog dan laman web.

Semua kereta adalah kenderaan, tetapi bukan semua kenderaan adalah kereta.. Semua blog adalah laman web, tapi bukan semua laman web adalah blog.

Adakah anda faham dengan analogi ringkas tersebut ?

Jika ya, saya rasa anda sudah nampak gambaran besar mengenai beza antara blog dan laman web.

Perbezaan yang  paling ketara di antara blog dan laman web adalah berkaitan dengan format; bagaimana kandungan/maklumat dipersembahkan.

Selain daripada itu, hanya terdapat perbezaan yang kecil sahaja yang tidak harus perlu kita fikir atau sentuh .

Apakah yang paling senang untuk menjana pendapatan? Apa yang paling sesuai untuk produk/perniagaan saya? Blog atau laman web?

Jawapan cepu emas saya adalah kedua duanya tidak boleh menjana pendapatan untuk anda .

KENAPA ?

Sebenarnya secara jujur kedua duanya memerlukan ilmu,
” Hardwork ” , kesabaran dan konsistensi yang tinggi.

Tetapi memilih perkara yang betul masih tetap penting dalam hal ini.

Saya akan perjelas dengan lebih terperinci lagi mengenai perkara ini dibawah.

Apakah itu blog?

Blog sebenarnya bermaksud ‘web log’ yang digunakan penulis untuk menyenaraikan post secara kronologi.

Selalunya, sesuatu blog akan memaparkan kandungan terbaru terlebih dahulu, dan diikuti oleh kandungan-kandungan yang sebelumnya.

contoh blog berjaya

Blog sangat mudah dicipta menggunakan servis seperti Blogger, WordPress mahupun Tumblr.

Sesebuah blog akan berkembang dengan kandungan yang sentiasa ditambah dan dikemaskini dari masa ke semasa.

Semakin konsisten kandungan ditambah semakin blog tersebut mendapat banyak perhatian dan makin Google suka.

Tetapi ingat, kandungan ‘sampah’ walaupun banyak dan ditambah setiap hari, tidak akan menjadi lombong emas dan akan di “marked” oleh Google sebagai Blog yang tidak bermanfaat dan akan diletakkan pada ranking yang paling rendah di Enjin Carian Google.

Blog yang baik bukan sahaja kerap menerbitkan kandungan, tetapi juga menerbitkan artikel yang mempunyai kualiti tinggi.

Biasanya blog lebih mempunyai sentuhan personal dan ditulis menurut gaya bahasa tersendiri penulis.

Secara umum, pengenalan asas bagi sesebuah blog adalah:

  • kandungan disusun secara kronologi
  • terdapat ruangan komen untuk pembaca meninggalkan pendapat
  • biasanya kandungan blog direkodkan dengan tarikh, kategori, penulis, tags dan sub-kategori.

Contoh:

The Vocket, Oh Media, Aku Islam, Sirap Limau dan sebagainya.

 

Apakah pula Laman Web?

Sebenarnya laman web boleh diwakili oleh apa-apa sahaja.

Apa sahaja yang terdapat dalam internet yang diwakili oleh HTML/CSS atau Javascript/PHP atau bahasa koding lain yang membentuk laman web.

contoh-laman-web-maybank-malaysia

Laman web biasanya digunakan oleh syarikat sebagai laman rasmi.

Sesebuah laman web mungkin dilengkapi dengan blog, tetapi biasanya homepage laman web hanya akan memaparkan kandungan dari halaman lain yang statik.

Membina laman web yang menarik dan berfungsi sangat menelan belanja yang besar (serta masa) untuk dibina daripada asas.

Blog boleh menjadi sebahagian daripada laman web itu. Ia selalunya dipisahkan dalam bentuk halaman lain yang disambung dengan homepage.

Aspek laman web adalah luas dan hampir tidak mempunyai batasan.

Laman web boleh menjadi apa sahaja, dari seringkas landing page sehingga kepada media sosial yang mempunyai berbilion pengguna seperti facebook.

Pengenalan asas sesebuah laman web adalah:

  • Laman utama memaparkan kandungan dan maklumat berbentuk sehala.
  • Laman utama memaparkan portfolio kerja atau produk.
  • Tidak memaparkan penulis.
  • Blog mungkin menjadi sebahagian daripada sesuatu laman web itu, tetapi bukan satu-satunya elemen.
  • Ada laman testimoni dan feedback
  • Tiada ruangan komen, tetapi biasanya contact form disediakan.

Jadi Apa Yang Anda Perlukan?

Perkara pertama sekali adalah putuskan apa objektif dan keperluan anda.

Jika anda lebih berminat untuk menghasilkan kandungan secara berkala dan konsisten untuk dibaca oleh orang ramai, anda harus memilih blog.

Blog menawarkan lebih ciri untuk berinteraksi dengan pembaca dan membina follower tersendiri.

Jika anda mempunyai syarikat, produk sendiri, atau bercadang membina e-commerce shop, anda harus memilih laman web kerana ia mempunyai lebih fleksibiliti.

Anda juga mewujudkan blog pada laman web anda.

Ia adalah lebih baik kerana anda boleh membekalkan maklumat secara berterusan bakal pelanggan, dan pengguna setia anda.

Sifir mudah bagi saya adalah:

Syarikat biasanya mempunyai laman web. Laman web menyediakan maklumat kepada pelanggan.

Orang harus mempunyai blog. Blog memberi maklumat, berinteraksi secara dua hala dengan orang lain dan membina branding.

Gunakan platform yang mudah digunakan..

Membina sendiri laman web memerlukan pengetahuan pengaturcaraan (coding) yang bagus.

Tetapi apa yang anda harus tahu adalah, platform blogging paling popular iaitu WordPress selalu boleh digunakan sebagai laman web.

Ia mudah diguna serta diuruskan, selain daripada menawarkan kelebihan SEO yang baik.

Semoga artikel ini memberi sedikit pencerahan kepada anda tentang perbezaan diantara blog dan laman web.

Spread the word

4 thoughts on “Apakah perbezaan di antara blog dan laman web ?<span class="wtr-time-wrap after-title"><span class="wtr-time-number">4</span> min read</span>”

Leave a Comment

error: Content is protected !!