fbpx

Adakah Kupon Diskaun Merugikan Perniagaan Anda ?4 min read

Adakah Kupon Diskaun Merugikan Perniagaan Anda ?

Satu peluru hanya mampu menembusi satu kepala, namun satu penulisan mampu menembusi ribuan malah jutaan kepala

Facebook0
WhatsApp
Twitter
Telegram
LinkedIn0

By Syafiq Fadlin

Kod kupon diskaun boleh digunakan dalam pelbagai cara dan tempat.

Ia boleh digunakan untuk mengumpul emel, menarik pengunjung baru dan/atau menggalakkan ahli sedia ada untuk memperbaharui langganan mereka.

Berikut adalah beberapa cara yang berlainan untuk anda menggunakan kupon keahlian bagi mencapai matlamat tersebut.

Kod Kupon sebagai Magnet Utama

Menggunakan kupon sebagai magnet utama ialah salah satu cara yang baik untuk mengumpul alamat emel. Cuba tawarkan tempoh percubaan percuma, atau diskaun untuk langganan atau produk, untuk membantu memujuk pengunjung memberikan alamat emel mereka dan berdaftar dengan anda. Sama ada mereka mendaftar atau tidak, anda akan tetap mendapat emel mereka, dan mereka boleh dimasukkan dalam senarai untuk kempen pemasaran akan datang, sekaligus mempromosikan laman web anda dan menggalakkan pendaftaran.

Gunakan Kod Kupon Diskaun dalam Emel atau Buletin

Oleh kerana pengunjung yang menyertai senarai mel anda berminat dengan keahlian laman web anda, penting untuk anda fokus pada kumpulan ini kerana sekarang mereka ialah sebahagian daripada pengunjung sasaran anda dan berkemungkinan akan mendaftar menjadi ahli.

Cuba hantar kod kupon dalam emel atau buletin bulanan kepada senarai mel anda. Keahlian percuma mungkin akan menjadi daya penarik utama untuk pelanggan anda mendaftar sebagai ahli.

Tawarkan Percubaan Percuma Daripada Menawarkan Diskaun

Kod kupon tidak semestinya melibatkan diskaun pada yuran keahlian. Ia juga boleh digunakan untuk memberikan pengguna percubaan percuma untuk sehari, seminggu atau sebulan. Dan apabila seseorang pengguna itu telah mendaftar, meneroka laman web anda, dan mengakses kandungannya, mereka mungkin akan lebih tertarik untuk menjadi ahli berbayar penuh.

Diskaun Masa Terhad

Pilihan lain yang popular ialah membuat kod yang aktif pada masa terhad sahaja. Anda juga boleh menggunakan pemasa undur untuk menunjukkan yang masa akan tamat untuk promosi tertentu. Di bawah tekanan dan merasakan mereka akan terlepas peluang ini, pelanggan akan cenderung untuk mengambil tawaran tersebut.

Naiktaraf Diskaun Kepada Pelan Premium

Jika laman web anda menawarkan pelbagai pelan dan pakej, kod kupon diskaun ialah cara yang bagus untuk menggalakkan ahli menaiktaraf keahlian mereka. Pilih pelan tertentu yang anda hendak promosikan dan tawarkan harga diskaun kepada ahli baru dan lama.

Anda juga boleh membuat kod kupon khusus untuk ahli semasa, supaya kos untuk semua pelan berkurangan beberapa peratus. Ini cara efektif untuk menggalakkan ahli anda menaiktaraf kepada pelan premium dan menambahkan pendapatan anda.

Tawarkan Diskaun Untuk Pembaharuan Keahlian

Pengekalan ahli sudah semestinya merupakan aspek penting dalam menjalankan keahlian laman web. Jika ahli laman web anda membuat pembaharuan secara tahunan, hantarkan kod kupon diskaun jika keahlian mereka hampir tamat. Ini boleh digunakan dalam yuran keahlian mereka dan boleh menjadi insentif tambahan yang diperlukan untuk mereka kekal menjadi ahli. Anda juga boleh menggunakan ciri peringatan MemberPress untuk menghantar emel automatik kepada ahli jika langganan mereka telah tamat. Sertakan kod kupon dalam emel tersebut dan anda boleh lihat mereka kembali ke laman web anda untuk mengambil peluang dari tawaran anda.

Jika ahli-ahli membayar secara bulanan, anda boleh menghantar kupon diskaun jika seseorang cuba membatalkan keahlian mereka. Oleh kerana menarik ahli baru mengambil banyak masa, mengekalkan ahli yang sedia ada adalah keutamaan anda. Walaupun menawarkan diskaun mungkin bermaksud keuntungan anda terjejas, pengekalan ahli sedia ada adalah lebih menguntungkan untuk jangka masa panjang.

Buat Kod Kupon Untuk Sekutu Anda

Jika anda mempunyai MemberPress, anda boleh menggunakan program Affiliate Royale. Program ini memudahkan anda mencipta dan mengurus program sekutu anda sendiri, serta memberi insentif dan ganjaran kepada mereka yang membawa ahli baru kepada laman web anda.

Selain daripada menawarkan sekutu anda komisyen jika berjaya mempromosikan laman web anda, anda boleh membuat kod kupon untuk mereka kongsi dan menggalakkan pengunjung mereka mendaftar di laman web anda. Pendekatan ini membantu mewujudkan situasi menang-menang-menang – anda mendapat lebih banyak ahli, sekutu anda menjana lebih banyak komisyen, dan pelawat mereka mendapat diskaun di laman web anda.

Dan jangan lupa menggunakan webinar dan podcast dengan sekutu anda. Ini adalah peluang yang baik untuk membantu menayangkan kod kupon di hadapan khalayak sasaran anda.

Keluarkan Kod Kupon Penggunaan-Tunggal Kepada Individu

Satu lagi pilihan ialah mengeluarkan kod kupon penggunaan tunggal kepada individu. Oleh kerana kupon penggunaan tunggal hanya boleh digunakan sekali sahaja, anda tidak perlu bimbang diskaun dijanakan dengan banyak.

Kod individu boleh dihantar sebagai tanda maaf jika ada masalah dengan pendaftaran pelanggan, sebagai hadiah untuk pemenang pertandingan, sebagai penghargaan untuk pelawat umum yang menge-mel anda dengan pertanyaan tertentu, atau untuk pelbagai perkara lain.

Ini adalah cara yang bagus untuk memberikan pengalaman perkhidmatan pelanggan persendirian kepada mereka!

Kesimpulan

Apabila anda sudah membuat kod kupon, pastikan anda promosikannya. Buat iklan di laman web anda, di halaman arahan, di iklan pop-up, atau di Hellobar.

Pemasaran emel, media sosial, dan menubuhkan program sekutu juga adalah cara efektif untuk memberitahu khalayak tentang kupon yang anda tawarkan.

Dan akhir sekali, seeloknya anda sentiasa pantau statistik dan analisis laman web anda untuk lihat jika diskaun yang anda tawarkan membantu menambah keahlian di laman web anda.

Spread the word

4 thoughts on “Adakah Kupon Diskaun Merugikan Perniagaan Anda ?<span class="wtr-time-wrap after-title"><span class="wtr-time-number">4</span> min read</span>”

  1. Artikel nie sgt2 hebat..tak pernah terfikir nk buat kupon utk tarik pelanggan dan dlm masa yg sama kita dpt fokus kpd pelanggan2 yg dh sediada utk bgtau ttg promosi2 baru..

    • Terima kasih Tuan Fahmi,

      Ya kita boleh tawarkan kupon kepada prospect cold traffic atau warm traffic,
      Dan juga boleh tawarkan kupon diskaun kepada mereka yang sedia ada supaya mereka rasa tidak dilupakan dan lebih “Special” dari mereka yang lain 😉

    • Yang terbaik adalah ketika hari gaji, cuti umum dan paling best kalau kita tahu tarikh special customer kita seperti Tarikh hari jadi, ulangtahun dan sebagainya 😉

Leave a Comment

error: Content is protected !!