fbpx

12 Tips Penting Untuk Memilih Tema Warna Laman Web8 min read

12 Tips Penting Untuk Memilih Tema Warna Laman Web

Satu peluru hanya mampu menembusi satu kepala, namun satu penulisan mampu menembusi ribuan malah jutaan kepala

Facebook0
WhatsApp
Twitter
Telegram
LinkedIn0

By Syafiq Fadlin

Tahukah anda, 85 peratus pembeli membuat keputusan berdasarkan warna?

Memang benar.

Pada mulanya saya fikir statistik itu hebat.

Tetapi jika difikirkan bagaimana kita banyak bergantung kepada penglihatan kita, ia memang masuk akal.

Deria penglihatan kita membantu kita melakukan hampir segalanya.

Jadi kenapa tidak semasa kita membeli-belah?

Cuba fikirkan jenama-jenama utama dunia.

Kebanyakannya mempunyai tema warna unik yang dikaitkan dengan identiti jenama mereka.

Contohnya, McDonald’s dikaitkan dengan warna merah dan kuning.

Jenama DELL dengan warna biru.

Dan selanjutnya.

 

Warna dan Penjenamaan

Semua orang tahu mewujudkan identiti jenama yang kukuh adalah sangat penting.

Ia perkara utama demi mendapatkan kepercayaan pelanggan, supaya mereka berasa selesa dan setia pada jenama tersebut.

Dan apakah bahagian paling penting untuk sesuatu jenama itu?

Ia adalah logo.

Tema warna yang dipilih sesebuah syarikat untuk logo mereka akan terikat dengan identiti jenama mereka buat selamanya.

Mengikut kajian, “warna membuatkan pengiktirafan jenama naik sehingga 80 peratus.”

Jadi adillah untuk saya katakan tema warna itu penting.

Ada satu lagi perkara yang patut dipertimbangkan. Warna jenama berkait rapat dengan nilai jenama.

Tentulah ada sedikit pertukaran sebab dan akibat, tapi cuba lihat statistik ini.

Warna adalah penting kepada banyak jenama terkenal. Sangat-sangat penting!

Kalau anda cuba menukar warna jenama yang ada, ia akan mengubah cara jenama itu dilihat.

Lihat contoh-contoh dari TheLogoFactory.com ini.

Anda boleh nampak logo mana yang palsu dalam sekelip mata, dan anda boleh rasa sesuatu yang berbeza tentang jenama tersebut.

 

Tema Warna Laman Web

Amat penting untuk memilih warna yang betul untuk logo anda, dan ia sama penting dengan memilih tema warna yang betul untuk laman web anda.

Jangan pilih tema warna secara rawak atau menggunakan “apa-apa yang kelihatan hebat” pada anda.

Tentulah anda mahukan ia kelihatan cantik dan jadikannya menonjol, tetapi tema warna ialah sesuatu yang anda perlu fikirkan sedalam-dalamnya.

Mengapa?

“Pelanggan membuat penilaian bawah sedar tentang sesuatu persekitaran atau produk dalam masa 90 saat dari kali pertama melihatnya. 62 hingga 90 peratus penilaian itu hanyalah tentang warna semata-mata.”

Jika anda pilih tema warna yang kena dengan demografik anda, anda sudah memenangi separuh perjuangan itu.

Sekarang saya ingin menawarkan 12 tip penting dalam cara untuk memilih tema warna laman web paling sempurna untuk anda berdasarkan kajian dan pengalaman saya sendiri.

 

  1. Fahami bahawa warna mempengaruhi emosi

Perkara pertama saya nak syorkan ialah membiasakan diri anda dengan bagaimana warna mempengaruhi emosi orang.

Gambar dibawah menunjukkan bagaimana warna butang panggilan tindakan mempengaruhi pembeli di Amerika Utara.

Impak warna mungkin berbeza mengikut lokasi geografi.

Contohnya, warna yang menarik pada pembeli di Amerika tidak semestinya menarik pada pembeli di India.

Saya membaca Panduan Emosi Warna yang menerangkan tentang emosi yang kita kaitkan dengan warna dan memberikan beberapa contoh jenama yang menggunakan setiap warna.

Pertimbangkan personaliti dan emosi pembaca sasaran anda.

Kemudian pilih warna yang paling bersesuaian sebagai warna utama untuk tema laman web anda.

Sebagai contoh, jika syarikat anda ialah pengeluar makanan organik, warna yang paling sesuai mungkin ialah hijau kerana ia dikaitkan dengan alam sekitar dan kesihatan.

3. Pertimbangkan jantina

Walaupun ini bukan untuk semua orang, sesetengah syarikat lebih banyak memenuhi keperluan jantina tertentu.

Jika anda adalah salah satu dari jenis syarikat ini, anda perlu tahu apa warna yang digemari dan kurang digemari para lelaki dan wanita.

Kajian dari Joe Hallock, Pembahagian Warna, mendapati bahawa secara purata setiap jantina mempunyai pilihan warna tertentu.

Ini yang saya maksudkan.

Seperti yang boleh anda lihat, lelaki paling menyukai warna biru dan tidak suka warna coklat dan ungu.

Wanita suka warna biru dan ungu, dan tidak suka warna coklat dan oren.

Ini hanyalah salah satu faktor untuk diingati.

 

  1. Pertimbangkan kumpulan umur

Ini sesuatu yang tidak terlalu ketara – kumpulan umur.

Adakah anda tahu pemilihan warna seseorang boleh berubah mengikut umur?

Berdasarkan kajian Joe Hallock, ini memang benar.

Ini adalah warna kegemaran orang ramai berdasarkan kumpulan umur.

 

Dan di bawah ini adalah warna yang paling kurang disukai berdasarkan kumpulan umur.

Jika ada kumpulan umur tertentu yang mendominasi demografi anda, ini akan menjadi salah satu faktor untuk dipertimbangkan.

 

  1. Cuba jawab ‘kuiz warna’

Jika anda perlukan sedikit bantuan untuk menentukan warna utama anda, anda mungkin perlu mencuba menjawab kuiz warna ini dari Grasshopper.

Ia akan menanyakan perkara seperti “apakah yang paling menggambarkan pelanggan anda” dan “apakah jenis produk yang anda tawarkan.”

Ia cepat dan mudah (hanya tujuh soalan) tetapi boleh membantu anda menuju ke arah yang betul jika anda keliru tentang arah tujuan anda.

 

  1. Lupakan pilihan peribadi anda

Ini adalah satu kesalahan yang saya lihat banyak syarikat lakukan apabila memilih tema warna.

Iaitu memilih warna pilihan mereka sendiri berbanding menggunakan psikologi.

Jika warna kegemaran anda ialah biru, anda akan berasa cenderung untuk menggunakan biru sebagai warna utama anda.

Tetapi jika anda ialah syarikat kosmetik yang menyasarkan demografi wanita, ini merupakan satu kesalahan, kerana anda sepatutnya lebih elok memilih warna ungu atau merah jambu.

Ini adalah sesuatu yang harus anda fikirkan kerana anda tidak mahu pilihan peribadi tersebut merugikan anda dan berkemungkinan mempengaruhi jenama anda selepas beberapa lama.

 

  1. Putuskan berapa banyak warna untuk digunakan

Pada ketika ini, anda sepatutnya sudah memilih warna utama anda.

Sekarang ialah masa untuk memikirkan berapa banyak warna yang anda hendak gunakan.

Untuk ini tiada formula satu-jawapan-untuk-semua, tetapi saya ingin memberitahu sesuatu yang dipanggil peraturan 60-30-10.

Secara ringkasnya, peraturan ini digunakan untuk mendapatkan tema warna dalam bidang seperti rekaan dalaman dan fesyen, dan ia melibatkan pembahagian tiga warna kepada beberapa peratus untuk mendapatkan “harmoni sempurna”.

Ini ialah bagaimana ia dibahagikan:

  • 60 peratus warna dominan
  • 30 peratus warna sekunder
  • 10 peratus warna penekanan

Ini bermaksud warna utama akan mendominasi 60 peratus ruang laman web anda, warna sekunder hanya 30 peratus dan warna penekanan hanya 10 peratus.

Jika anda mahu contoh peraturan 60-30-10, lihat sahaja pada laman web Quick Sprout.

Lihat bagaimana hijau ialah warna utama, putih ialah warna sekunder dan hitam ialah warna penekanan.

Jadi bila anda lihat secara keseluruhannya, ini bermaksud jumlah warna yang ideal untuk digunakan ialah… bersedia ya!

Tiga.

Saya bukannya katakan yang anda dihadkan kepada tiga warna, tetapi itu adalah jumlah yang elok untuk disasarkan.

Menggunakan lebih dari empat warna hanyalah akan menjadikan semuanya kelihatan rumit dan hodoh.

 

  1. Pilih set warna anda

Apa yang anda perlu buat sekarang ialah memutuskan set warna apa yang anda mahu gunakan.

Saya bukanlah pakar senireka, tetapi sesuatu yang anda pasti mahu capai ialah kontras.

Secara peribadi saya lebih suka laman web yang mempunyai warna latar belakang yang terang dengan kontras gelap di hadapannya.

Ini akan lebih menyenangkan pada mata pelawat laman web anda dan sekurang-kurangnya menunjukkan sedikit nilai aestetik.

Ini contoh yang bagus.

Walaupun begitu, ada sesetengah laman web yang dapat menggunakan latar belakang gelap dengan baik.

Contohnya seperti Wonder Bread.

 

  1. Rujuk roda warna

Ingat tak dalam kelas seni, anda belajar tentang “roda warna”?

Ia sangat membantu untuk memilih tema warna laman web.

Apa yang anda perlu buat ialah memilih antara “warna analogi” yang hampir sama dan bersebelahan masing-masing pada roda warna, atau “warna komplimentari” yang berlawanan pada roda warna.

Inilah yang saya katakan.

Salah satu pilihan untuk warna komplimentari ialah kuning dan ungu.

Yang lain ialah hijau dan oren.

Salah satu pilihan untuk warna analogi ialah oren dan merah.

Yang lain ialah hijau dan biru.

 

  1. Gunakan aplikasi bantuan

Ini tip untuk menyelaraskan proses tersebut.

Gunakan aplikasi seperti Colorspire.

Ia memberikan anda cara yang cepat dan mudah untuk menguji kombinasi warna berlainan untuk memberi anda gambaran yang lebih baik tentang bagaimana warna-warna itu akan kelihatan di laman web anda.

Ini boleh menjimatkan masa anda dan sepatutnya membantu anda mencari kombinasi warna yang betul.

Atau jika anda tidak suka Colorspire, saya cadangkan anda lihat senarai aplikasi yang hebat ini untuk memilih tema warna laman web anda.

 

  1. Lihat pada pesaing anda

Anda juga boleh banyak belajar dari pesaing lain dalam industri anda.

Saya cadangkan anda lihat sekurang-kurangnya tiga laman web pesaing anda dan tengok corak keseluruhan pada tema warna mereka.

Ini boleh memberi anda idea tentang tona warna yang mereka gunakan.

Dari situ anda ada dua pilihan.

 

  • Mencipta tema warna hampir serupa yang biasa digunakan
  • Mencipta sesuatu yang berlawanan untuk membezakan anda dari orang lain

Saya sendiri akan menyokong pilihan kedua jika anda mahu menjadi jenama yang unik.

 

  1. Bandingkan beberapa tema warna yang berlainan

Inilah halnya.

Anda tidak perlu menggunakan tema warna pertama yang anda cipta.

Sebenarnya, itu akan mengehadkan anda.

Saya cadangkan anda reka tiga atau empat tema warna yang berbeza dan letakkannya sebelah-menyebelah untuk membandingkannya.

Minta rakan sekerja atau rakan kongsi anda untuk buat perkara yang sama supaya anda tahu apa yang sesuai dan apa yang tidak sesuai.

Kemudian kecilkan pilihan sehingga anda mendapat tema warna yang benar-benar padan dengan jenama anda.

 

Kesimpulan

Anda tidak perlu menjadi artis terkenal untuk mencipta tema warna laman web yang sesuai.

Anda hanya perlu memahami psikologi di sebalik warna dan emosi yang dibangkitkan oleh berbagai warna.

Anda juga perlu ada pemahaman asas tentang peraturan 60-30-10 dan bagaimana roda warna berfungsi.

Dengan beberapa kali percubaan dan pemilihan, anda patut boleh menghasilkan tema warna laman web yang optimum.

Dalam jangka masa panjang, ini akan membolehkan anda membuat hubungan emosi dengan lebih banyak pelawat, dan ini akan menyumbang kepada kurang kadar lompatan, lebih banyak masa dihabiskan di laman web anda, dan kadar belian yang lebih tinggi.

Semua ini akan mempunyai impak yang besar pada bisnes anda.

Faktor apa yang akan anda pertimbangkan apabila memilih tema warna?

 

Spread the word

1 thought on “12 Tips Penting Untuk Memilih Tema Warna Laman Web<span class="wtr-time-wrap after-title"><span class="wtr-time-number">8</span> min read</span>”

Leave a Comment

error: Content is protected !!